HARI KANAK-KANAK PERLIS 2026

Anjuran Arau CHILD
“Mai cari, kita dapat…”

📅 Sabtu | 10 Oktober 2026
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Kompleks STAR, UiTM Kampus Arau, Perlis

Kanak-kanak tidak membesar bersendirian.
Mereka belajar daripada guru, menikmati makanan yang disediakan oleh pengusaha makanan, membaca buku yang dihasilkan oleh penulis dan ilustrator, bermain dengan permainan yang direka oleh pereka. Mereka membesar dalam persekitaran yang dibentuk oleh keluarga, komuniti dan pelbagai industri.

Inilah yang kami panggil Industri Kanak-Kanak.
Sempena Hari Kanak-Kanak Perlis 2026, Arau CHILD mengajak semua pihak yang memainkan peranan dalam kehidupan kanak-kanak untuk bersama-sama meraikan, berkongsi idea dan mempamerkan hasil kerja yang dapat membantu membina masa depan mereka.

🎉 Pendaftaran Kini Dibuka!
Selain pembelian tiket untuk kanak-kanak, penyertaan kini dibuka bagi beberapa pertandingan khas untuk mereka ingin yang berkarya dan sumbangan khidmat demi dunia kanak-kanak.

🏆 Pertandingan adalah seperti berikut:

🎸 Pertandingan Persembahan Ukulele
Khas untuk guru-guru prasekolah dan sekolah rendah di Perlis.

🍳 Pertandingan Kulinari “Kegemaran Malaysia Sihat untuk Si Cilik”
Terbuka kepada chef, pengusaha makanan, bakeri, katerer, restoran, kafe, usahawan makanan serta individu yang ingin menghasilkan hidangan Malaysia yang sihat dan mesra kanak-kanak.

📖 Pertandingan Ilustrasi Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak
Terbuka kepada ilustrator, penulis, penerbit dan penggiat industri buku kanak-kanak dari seluruh negara.

👧🧒 Bagi kanak-kanak yang hadir, pelbagai pertandingan, permainan, aktiviti keluarga, bengkel, pameran, persembahan dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan turut disediakan.

Lebih banyak aktiviti akan diumumkan dari semasa ke semasa.

🎟️ Tiket masuk kanak-kanak (2–12 tahun): RM10 seorang.

💙 Jika anda terlibat mendidik, memasak, menulis, melukis, menerbitkan buku, mencipta permainan, menghasilkan produk, menyediakan perkhidmatan atau membina pengalaman yang memberi manfaat kepada kanak-kanak — anda adalah sebahagian daripada Industri Kanak-Kanak. Kami menjemput anda untuk bersama-sama membina masa depan mereka.

Mari kita raikan Hari Kanak-Kanak Perlis 2026 bersama-sama.

🌿 Mai cari, kita dapat…

Scroll to Top